Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Dua hari tak timbang dan alhamdulillah berjaya lagi turun 1.3 kg. So total sekarang dah turun 13.3kg. Hehe memang ambik masa lama nak turun sebab target nak kurus jangka masa panjang. Nanti tak de la senang naik semula berat. Ape-ape pun, alhamdulillah syukur sangat walaupun semalam makan KFC Snack Plate 1250 kalori. hahahaha.
Sebenarnya hari ni nak promote My Fitnesspal. Bagus sebenarnya my fitnesspal ni. Macam-macam infomation bagi kat kita. Gambar ni pun di capture dari My fitnesspal. Jom tengok!
Hehe amacam?? Target nak turun 31.5 kg. InsyaAllah xlama lagi sampaila bunga merah tu kat kawan2 dia di penghujung nun. hehe paham ke ape aku cakap ni??
Tapi nak tekan kan kat sini, kalau kita diet dan nak turunkan berat badan, penting sangat kita tager berapa kita nak turun. Penting untuk kita target sikit2 untuk jangka masa pendek. Kalau target jangka masa panjang boleh la macam aku tu target nak lost 31.5 kg terus.
Bagi target jangka masa pendek ni, memang penting kita target nilai-nilai yang kecik je, cth 5kg, 7kg ect. Sebab ape? sebab semua ni ada kaitan dengan emosi kita. Emosi kita penting untuk betulkan semula mind set kita untuk diet. Key word nye, mind set ni segala-galanya. Salah mind set kita, tak menjadi lah diet kita. Balik semula kaitnya dengan target jangka masa pendek. Contoh nanti bila kita almost nak capat target turun 5kg, kita mesti happy sangat-sangat, dan dalam masa yang sama kita akan terus semangat nak turunkan berat dan nak buat senaman. betul x?
Kalau la kita target 30kg terus, hmm susah sikit la kita nak happy. Padahal kita dah turun 5 kg, tapi kita nampak masih ada lagi 25kg nak kena buang. 25kg?? 25kg?? huhu 25kg bukan nye sikit dik oiii.... hehe so tengok, tu semua boleh effect kite punya emosi dan secara tak langsung boleh effect kita punya mind set.
So nanti kat kat myfitnesspal ni dia akan update apa kita makan, bape kalori kita makan, exercise ape kite wat, berapa kalori yang kite burn, berat kita dah turun berapa, macam2 lagi! best x?
Contohnya macam ni:
Pastu boleh komen-komen lagi. hehe. seronok. Ajak la kawan-kawan join sekali. Yang bawah ni plak tulis kita makan apa hari ni:
best x? Siap ada bagitahu berapa kalori yang kita ambil, terlebih ke tak, terkurang ke tak. hihi seronok buat ni. Pastu yang bawah ni plak exercise ape kita buat:
Macam yang aku penah cakap dulu la. Berjalan je kalori tak burn banyak. huhu ni la buktinya. jadi bila nak makan tu kita ingat la selalu, kalau kita ambik banyak kalori susahnya lah nak burn balik. Tu lah penting untuk kita tahu berapa kalori yang kita ambik.. hmm. Best tak bila kita tahu semua-semua ni. hihi best kan.
Ok ni ada lagi satu, kita boleh tengok weight loss progress kita melalu graf:
p/s: ni bukan graf aku laa kan. ni cari kat google je. malu plak nak letak graf sendiri. hihi. Bila tengok kat graf tu boleh nampak kan ada penurunan?? Haaa tu yang best tu. Yang ni pun best sbb boleh bagi kita happy dan lebih ber motivate untuk teruskan usaha.
Waahh panjang plak tulis kali ni. hihi saje nak berkongsi maklumat supaya orang lain pun boleh diet jugak hehe.
mm... sori mencelah, nak upload gambar makan lunch hari ni ^_____^
Yum yum.. hehehe. Ok la sampai sini je ok.
Selamat berdiet dan happy-happy selalu~ ^__^
Salam semua~
1 comment:
good info pada yang nak diet... diet la dgn cara yang betul... kalau boleh jauhkan pil2 diet tu semua...bak kate MA, semuanya mind set :D
Post a Comment