tabs

✿Followers✿

18 March 2013

Aku..

Assalamualaikum.

Aku sedar aku siapa
Aku sedar aku tak sehebat kamu
Aku sedar aku tak lekang dengan kesalahan
Aku sedar aku tak berilmu seperti kamu
Tapi, aku cuba untuk menjadi yang terbaik
Cuba menjadi insan yang berguna

Aku boleh bersabar
Aku boleh untuk tidak memaki hamun
Aku boleh memaafkan
Aku boleh menerima kenyataan.
Tapi, aku juga ada perasaan
Yang kadang kala terguris luka
Hanya aku yang tahu

Aku tahu aku lemah
Aku kurang keyakinan pada diri sendiri
Bukan mudah untuk aku lakukannya
Tapi tiada siapa yang menghargainya
Aku tetap redha dengan apa yang terjadi

Aku ingin gembira
Aku ingin bahagia
Aku ingin menjadi seperti orang lain
Tapi aku tahu, masanya belum tiba
Aku terima seadanya

Aku selalu tersenyum
Aku cuba gembirakan orang sekeliling
Tapi, tiada siapa tahu isi hatiku
Memendam pelbagai rasa dan harapan

Mungkin luaranku nampak ceria
Mungkin luaranku nampak bahagia
Tapi hatiku masih mencari-cari keceriaan itu
Masih mencari-cari kebahagiaan itu

Aku hanya insan yang lemah
Hati ku ibarat kapas yang lembut
Kadang kala gembira
Kadang kala bahagia
Kadang kala terguris
dan kadang kala menangis

be strong ma

No comments: