tabs

✿Followers✿

23 February 2013

Muhammad Di Ishak

Assalamualaikum.

Hari ni tak tau nak buat ape.  Rindu kat aboh.  Tak sabor nak balik ni.  Tak pe, tak lama dah hehe.  Cakap pasal aboh ni teringin plak nak share gambar-gambar aboh yang pelbagai versi. hehe.  Jom tengok aboh ku tersayang ni :)

Yang ni gambar lama. Tak tahu tahun bila.  Hensem x? hihi

Cowboy la plak hehe..

Dengan cucu tersayang


With Anas Mujahid

Berkacamata bingkai hitam plak..

This one, masa buat BBQ kat rumah akok T. Tema:merah :)

Yeah.. Nasi Arab Damsyik,  Negeri Sembilan

Yang ni, paling cool... hehe 

Kan? banyak versi kan? haha.. 

Pape pun aboh tetap yang ma paling sayang.  :)

Salam

20 February 2013

Private Blog?

Patutkah aku private kan blog ni?  
Blog ni dah tak bermaya.
Tak seceria dulu.. 
huhu..

What should I do?

:: IMH ::

18 February 2013

Akan ku tunggu kehadiranmu


Aku hanya insan biasa
Terlalu banyak kelemahan dalam diriku
Kerna aku insan yang serba kekurangan.

Tatkala kamu hadir kelak, 
akan ku ucap
Terimalah aku seadanya
Kerana aku tidak sempurna
Kerna itu Allah menciptakanmu
Untuk menyempurnakan ku.

Akan ku tunggu kehadiranmu.

Tuhanku yang maha esa.
dengarlah doa hambamu yang hina ini. 
Sesungguhnya engkau mengetahui segala-galanya. 
Permudahkan lah jalan ku Ya Allah.
Berikan kekuatan kepada ku,
untuk redha dengan ketentuan Mu Ya Allah.
Amin


Redha


Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan kita...
maka percayalah
Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak di jangka.

Sabarlah wahai hati...


07 February 2013

Alhamdulillah sehat dah :)

Assalamualaikum.



Baru-baru ni anak buah aku Nurul Farwiza, 6, masuk hospital. Pagi sebelum dia masuk hospital tu aku ada datang rumah dia, dia yang sambut aku kat pintu, macam biasa lah kan.  Aku pun tanyalah bila nak tidor umah aki, sebab hari tu hari sabtu, cuti sekolah.  Dia cakap dia tak boleh tidur rumah aki sebab dia nak pergi hospital.  Aku tanya akak aku, dia bagitahu pija sakit dada. Petang tu dia pergi la hospital. Akak aku telefon bagi tahu yang pija kena tahan kat wad.  Malam tu akak aku bagitahu nadi pija tinggi.  lebih kurang dalam 180 per minit.  Akak aku cerita, Dr bagitahu kalau nadi laju, boleh berhenti secara tiba-tiba.  Aku bukan nak fikir -ve, tapi risau. huhu.  Berkat doa kawan-kawan dan keluarga tersayang Alhamdulillah dah kembali pulih :)  Sekarang dah semakin sehat.  dah boleh main, makin aktif je aku tgk budak ni. hehe.

Ni gambar terbaru,

Saya dah sehat :)

Kami baru balik dari hospital, sebab tadi kat sekolah pija muntah-muntah.  Abang kepada pija ni pulak demam.  So alang-alang bawak dua-dua sekali.  Nasib akak aku yang lagi satu tinggalkan kereta kat rumah bagi aku guna, boleh bawak pergi hospital.  Alhamdulillah :)

Dua-dua dah dapat ubat.  Harap cepat sembuh ye :)

Jom pergi hospital :)
Ok la... Len kali update lagi.  Doa kan mereka supaya cepat sembuh.  Terima Kasih.

Salam~