tabs

✿Followers✿

29 June 2013

Selamat menjamu selera :)

Assalamualaikum..


Hari ni makan mee segera aje..... jemput..


Mamee Chef Kari...

Sodap.... :)

Sabtu kerja..

Assalamualaikum...

Aku kena kerja sabtu minggu ke 2 and ke 4.... :(
Sabtu minggu pertama and ke 3 aku cuti :)

So, hari ni sabtu minggu ke-5 yang ke 2 dalam tahun ni.... paham ke? hehe... paham2 je laye... So hari ni kena kerja.. Sebab?? sabtu ke-5 yang pertama mereka dah kerja, so tukar2 lah pulak ya...

Tak ape ma.... buat kerja elok2 ya.... Jap lagi nak bagi Invoice kat Miss Tee, so kena kemas kini.  Hari ni nak iron and ambik gambar tudung baru yang akan di upload di Renes Collection, so jenguk2 lah ya minggu depan :)

Tadi dah siap sarapan.  Makan Nasi Lemak and buat air Vico...  Tengahari tak dapat nak keluar makan sebab kereta abg ngoh nak guna, nak repair cermin kereta katanya.  Ok tak ape.  Makan Megi aje la :)

Dah selesai sarapan boleh la mulakan kerja..

Semoga ceria selalu ya ma :)

Salam...

28 June 2013

Me without my mole

Me without my mole......


Amin..

Ya Allah ya Tuhan ku, 

Jika pendampingku telah Engkau tetapkan, maka gerakkan hatinya untuk menujuku..

Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..

Bimbinglah hati kami..
Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat serta kasih sayang-Mu selalu..

amin...


27 June 2013

Berteman....

Assalamualaikum..

Hari ni pergi kerja ade teman...

Siapa??


Ni la budak manje tak nak pergi sekolah..... Haiss....

Degil...

11 June 2013

Demam

Assalamualaikum.

Semalam demam. huhu sampai ke malam duk baring je kat bilik.. Tak ada tenaga.  Nasib ada anak buah datang tolong.  Bukan tolong ape, tolong ambik kan air je.  Takpe la, syukur ada dia. kalau tak haus saje aku.  huhu

Hari ni alhamdulillah sehat.. Tapi tak sedap badan bangun pagi tadi.  Mungkin ada kesan2 demam tak habis lagi dari malam semalam agaknya.  

Tapi.... pagi ni dah kena exercise.  duk mengemas depan office, berpeluh la sikit kan :)

Alhamdulillah dah sedap sikit mata memandang bila nak datang kerja nanti :)  Terma kasih kepada yang bekerja sama :)  We appreciate your effort... :)

Ok lah.. Semoga hari ni aku seat-sehat je cam biasa....

Hope you all do well in your life to..

Assalamualaikum :) 

10 June 2013

Rene's Collection Selendang Halfmoon Tribal

Assalamualaikum semua.... :)

Hari ni tiba-tiba je rasa nak promote tudung ni..  Cantik sangat.  Sekarang kan semua orang suka corak Tribal camni. :)

Untuk makluman lanjut, sila ke page ni ya:  Renes Collection

Like page kami ya.

Ok, meh nak intro sikit pasal tudung ni :)

Selendang Zalfa Halfmoon Tribal

Material: Kain Chiffon

Design: Keluaran Rene’s kali ini menampilkan Selendang Zalfa Halfmoon Tribal. Corak serta warna yang berbeza, ceria & cantik akan menyerlahkan penampilan si pemakai. Ianya sangat sesuai di padankan dengan baju plain. Selendang ini sesuai di pakai untuk ke majlis-majlis atau untuk pemakaian harian. Terdapat 10 pilihan corak dan warna yang menarik. Hanya RM30.00 sahaja. Siapa cepat dia dapat.

Price: RM 30.00

How to Buy: Klik sini

Pembelian secara Borong? Sila pm kami di FB atau Telefon/SMS 019 - 9333217 atau email sales@renes.my.

Stok adalah terhad.



Boleh tengok pilihan warna and corak kat gambar atas ni..  Cantik kan??

Jangan lupa shopping dengan Renes Collection ya.... :)

Assalamualaikum.

08 June 2013

Buang dia...

Assalamualaikum.... :)

Cuba tengok dua gambar ni.  Apa yang beza??



Nampak??  
^__^

Akhirnya gugur lah engkau dari wajahku setelah bertahun tahun engkau bermaharaja lela di situ.

Ada sebab aku buang dia..

Ada parut kan? tapi xpe, xlama parut tu...

Tarikh mula pakai ubat : 17 May 2013
Tarik gugurnya dia : 22 May 2013

Setelah beberapa puluh tahun aku duk jaga dia sampai dia besar, sekejap je ambil masa nak buang dia... 6 hari je.  Huhu..  Masa awal2 tu sedih la jugak kan, sbb dah lama ada tahi lalat ni kat batang idung ni.. tapi sekarang dah ok.  Parut pun dah semakin tak nampak.

Takpe lah, yang penting dah buang.  ^_^

Hari ni kat ofis xramai orang.. huhu senggugut plak ni.. Sakitnya. huhuhu..

Semoga Allah permudahkan hari ku hari ni.  Amin

Assalamualaikum..


05 June 2013

Sensitif

Assalamualaikum..

Ya, aku ni sensitif orangnya..

Maaf la kepada sesiapa yang berkenaan.

Maaf kerana aku terlalu sensitif.

CANTIK...!

Cantiknya Shila Amzah..!
Suara pun sodap...
^______^




03 June 2013

Jumpa pun dengan korang..!

Asssalamualaikum.  

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berjumpa kawan-kawan form 6 SMKT dulu :)  Walaupun tak lama, tapi best la dapat borak2.  Dah lama tak jumpa kan.. :)  Ada yang jumpa secara sengaja, and tak sengaja pun ade jugak.  Hari sabtu (1 Jun) baru-baru ni cuti, so jiha and adilah ajak g kenduri Ja kawin.  Ja ni satu kelas jugak masa form 6.  Tahniah ya Ja.
Yang datang masa majlis perkahwinan Ja tu,  kiteorang bertiga, Ecah, Pija n Nisa.  So sempat la borak2 dengan mereka.

Sempat lagi tu bergambar atas pelamin, Hehehe

Ja and Suami.  (ada nisa, pija n ecah sekali)

Bestfriend berdua ni :) hehe

Yang ni pun bestfriend berdua :)

Tapi sebelum pergi kenduri rumah Ja tu, Adilah singgah isi minyak, terserempak plak dengan Alip n wife (Fiza).  Diaorang nak pergi kenduri sepupu Fiza. Jumpa borak-borak kejap je la. Maaf la kat Alip n Fiza tak dapat pergi wedding korang haritu (30 Mei).  Hari Khamis keje. So memang tak dapat la nak pergi.  Anyway thanks sbb siap pos kad lagi :)  Semoga berbahagia hingga akhir hayat :) 

Tahniah Alip n Fiza :)

Cantik sangat Fiza :)

Esoknya pula hari Ahad, jiha ajak keluar temerloh jumpa wana.  So banyak jugak borak-borak sambil makan and lepak-lepak.  Sambil borak-borak, xlama pastu wahidah and akim datang kat kiteorang.  Wana nak tumpang balik sekali dengan diaorang.  Wahidah and Akim baru habis Kursus Kawin :D hehe Tahniah, tak lama lagi agaknya boleh lah mereka berdua membina masjid :) Tahniah.  Awal-awal lagi dah ucap tahniah. Haha tarikhnya tak tahu lagi. (Gambar Wahidah n Akim takde huhu)




Sebenarnya sekarang ni mengantuk sangat, sebab tu tulis blog.  Huhu.  Air dah nak habis minum, tapi mata still mengantuk.  So alang-alang tak banyak kerja, tulis la blog kejap. huhu
 
Ok la kawan-kawan.  Semoga berbahagia disamping keluarga tersayang ya semua.  I wish you have a good day always.