Waahhh, mood sekarang ni sangat happy. Sebab apa? haaa... Sebab seorang kawan aku ni (Norma) ada selit tentang aku dalam puisi-puisi yang dia tulis dalam blog dia. Memang berbakat sangat orangnya. Bahasa yang digunakan penuh dengan madah-madah indah yang mempunyai maksud tersendiri.
Nama panggilan aku dan dia sama sebenarnya. Kawan kiteorang biasa panggil kiteorang "MA". Kadang-kadang keliru siapa yang dipanggil sebenarnya. Haha. Pernah rasa macam kiteorang tak? Selalu confius hehe ^_^
Nak baca tak puisi dia tulis tu?
Kau dan aku, timangan kita serupa
Ingin melangsai sebuah janji. Nampaknya ia sudah mula ditagih...^.~
Pagi semalam
Kala bayu bertiup lembut
Aku menjadi penasaran
Mengimbau sepanjang jalan kenangan
Di lembah yang penuh momen itu
Aku bertemu insan-insan istimewa
Seorang teman
Kita berkongsi panggilan yang sama
Menjadikan gamat suasana
Kerana menyahut timangan serupa
Kadang-kala aku ingin tahu
Kenapa garis wajahnya penuh rahsia
Mungkin ada cerita duka
Atau mungkin dia jenis selamba
Tidak apa-apalah teman
Asalkan kamu berbahagia
Hari ini
Ketika bayu tidak lagi bertiup
Aku menjadi kepanasan
Mungkin kerana aku merindui kalian!
p/s: ma ini untuk kau...hehehe
Macam mana? Ok tak? huu.. best kan?
Blog dia: Kata Dari Hati
Thank You So Much...!!!!!
Jom kita melawat blog dia jom ^__^
6 comments:
hahahahaa...bgus2..can improve her skill..kihkih
happy dpt meng"happy"kan org lain..hehe..cik gha kawaii...ok aku cuba improve lg..hehe
Yes, I am admiring her work. It's really something. hmm..
Noma~ hehe tq sekali lagi~
sy follow sini :)
http://kisahemasputih90.blogspot.com/
nice one :)
Post a Comment