tabs

✿Followers✿

20 September 2012

Will Change InsyaAllah

Assalamualaikum semua.

Dah lamanya tak update blog.  Rindu pulak rasanya jari jemari ni nak menulis semula kat blog yang di sayangi ni hehe.  

So hari ni nak cerita sedikit perubahan yang dah pun berlaku pada diri aku.  Perubahan apa?  Haha perubahan dari segi pemikiran dan jugak sedikit di bahagian fizikal.

Hm.  Dua bulan yang lepas aku dah berjaya memperbetulkan balik mind set aku tentang kesihatan diri aku ni.  Terutama dari segi permakanan dan sebagainya.  Kalau dulu aku makan memang ikut dan je.  Apa yang ada suap.  Kuantiti? Mestilah banyak sebab dulu aku fikir nak kenyang je.  Aku pun tak tahu kenapa aku fikir sampai macam tu sekali. 

So sekarang Alhamdulillah aku dah berjaya kawal makan aku.  Banyak pihak yang tolong aku bagi semangat.  Antaranya mestilah akak aku yang tersayang.  Aku tahu dia sayang kat aku sebab tu dia nak aku sehat.  Aku gembira tengok dia gembira tengok perubahan aku.

So sekarang dah makan ada limit.  Sehari boleh makan 1100 kalori sahaja. tak boleh lebih.  Hari2 mesti ada senaman.  Tak kesah lah banyak ke sikit ke.  So untuk sukat aku makan banyak mane, dan aku senaman banyak mana aku guna khidmat My Fitnesspal.  Kat sini kita boleh senaraikan semua yang kita makan dan dah siap bagi berapa kalorinya.  So memang senang sangat ada My Fitnesspal ni.

So Alhamdulillah dah dua bulan aku dah berjaya turun 10kg (22lbs).  Alhamdulillah syukur sangat-sangat.  dan InsyaAllah aku akan teruskan usaha untuk mencapai target. hehe.  Kalau ikut graf forecasting yang akak aku tolong buatkan, berat aku akan mencapai tahap normal bulan January 2013.  InsyaAllah.

Perubahan dari segi fizikal plak banyak jugak.  Aku dah senang nak begerak, berbanding dengan dulu memang kena guna banyak tenaga untuk begerak, maklumlah berat kan. hehe.  Tapi Alhamdulillah semua dah ada perubahan sikit.  Yang paling aku suka bila nak sembahyang, terasa badan tak terbeban.  Itu yang aku paling suka ^___^

Aku tak tahu la nampak or tak perubahan kat muka, hehe rasa-rasa ada kot.  Jom tengok.  Hehe.

Ni bulan April 2012

Ni gambar sekarang September 2012 (Lost 10kg)
 Hm.  Camne? Ada ke perubahannye.  Maybe pada muka tak ada sangat kot. tapi pada badan Alhamdulillah banyak rasa perubahannya.  Tapi tak boleh la tunjuk gambar badan plak kan hehe.

Ok la setakat ni je dulu ok.  Nanti ada masa aku upload gambar-gambar lain.  Doa kan la semoga tercapai impian untuk kurus. hehe.  Moga-moga perubahan ini lebih banyak ke arah kebaikan InsyaAllah.

Assalamualaikum semua.

8 comments:

Ainyer said...

yunk..bestla...ainyerpun nk trunkan berat bdan...tp asalla sush sgt...huhuhu..

Unknown said...

good luck

Norfaidatul Akma said...

tQ2~ hehehe cuba la. betulkan mind set kita InsyaAllah boleh..

hazirah kasimon said...

gd luck kak ma :) luv u aways

Norfaidatul Akma said...

Tq~ hehehe... doakan yang terbaik ok.

Unknown said...

wahhh...tahniah2...teruskan usaha

Norfaidatul Akma said...

Thank you~

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

alhamdullilah janji awak sihat dear