tabs

✿Followers✿

30 April 2013

Balik rumah untuk mengundi

Assalamualaikum.

How are you? Harap2 sehat-sehat selalu.  Tahun ni first time nak mengundi.  Anda dah bersedia ke nak mengundi?

Jangan tak mengundi plak, mengundi itu hak kita sebagai rakyat malaysia. :)

So, petang ni InsyaAllah kami akan bertolak balik dari Sintok ke Bukit Cermin,Pahang.   Doakan semoga selamat sampai.  

Kebiasaannya kami naik bas.  Tapi kali ni sebab nak balik lama, 5 hari je pun, so bawak la kereta balik.  Gilir-gilir la drive.  Mintak-mintak tak mengantuk. huhu.

Barang semua dah packing malam tadi.  Exited x? haha.  Haruslah kan.  Sebab nak balik rumah.  Rumahku Syurgaku. :)  Rindu kat Aboh tersayang.  Rindu kat keluarga tersayang.

Hm, semalam dah siap shopping kerongsang jiha kirim.  penat jugak mencari, 48 kerongsang, RM40.00. Haha.  Nasib akak aku ada tolong sekali memilih.  Sabar ye jiha, kerongsangmu bakal sampai ke tangan anda :) hehe

Ok lah, sebelum nak balik ni.  Nak mintak maaf la sikit kat semua orang ya.  Mana tahu ada salah dan silap yang lepas, samaada sengaja dan x sengaja.  Harap dimaafkan ya.  Sayang semua :)

Assalamualaikum :)

29 April 2013

Don't expect too much


Assalamualaikum

People are equal in many ways. 
Don’t expect too much.
It’s always better to feel surprised than to feel disappointed.
If you don’t expect too much from anyone you won’t be disappointed. 


I do learn from my mistake.

So, for all of you out there..  Please don't expect to much from people.

and.... don't expect to much from me too.  
You might be disappointed  :( 
Because everyone in this wold have their own strengths and weaknesses.

Salam~

"Ma tume hamesha pyar karunga...."

25 April 2013

Kenalpasti lokasi jerawat anda dan puncanya

Assalamualaikum.



Kenalpasti lokasi jerawat anda dan puncanya.

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2 : Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4, 5 & 7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6 : Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8 : Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9 & 10 : Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11 & 12 : Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13 : Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14 : Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

Hm camne?? Aku dulu banyak jerawat kat area 11 & 12.  Tapi sekarang dah makan banyak sayur, so dah xde jerawat.  Alhamdulillah... :)

24 April 2013

Life isn't easy

The struggles make you stronger, 
the changes make you wiser, 
and happiness has its own way of taking its sweet time. 

Life isn't always beautiful but it's a beautiful ride. 
A life without cause is a life without effect. 
If we were to go through our life without any obstacles, 
we would be crippled. 

Nobody ever said life was easy…
they just promised that it would be worth it.


Assalamualaikum.

22 April 2013

Masa untuk pulang

Assalamualaikum..

Jom balik... balik mana?? haha balik rumah la... rumah mana?  rumah sewa akak aku laa.. haha.  Tapi ape-ape pun tak sabar nak balik rumah 30hb 4 2013 ni.  Balik untuk mengundi.  Balik sampai 7 hb 5 2013.

Ingat nak singgah jumpa anis sebelum balik tu.  Dapat lah jumpa anis.  Dah lama tak jumpa anis. hehe

Jom lah balik.. a/c pun dah automatic off.  Kat office ni ikot jam laptop aku, a/c akan off pada jam 5:05:43pm.  haha..

Ok la malas nak merepek.  Jom balik..! 

21 April 2013

Kebetulan sahaja agaknya

Assalamualaikum.

Dah banyak kali aku perasan.  Tapi macam tak percaya.  Sebabnya aku tahu aku siapa.

Hm.  Kebetulan sahaja agaknya.

Hm.. xpela.  

Just forget about it ok Ma.


18 April 2013

Selamat Pagi

Assalamualaikum.



Mulakan hari anda dengan senyuman.  Haha.  

Muka pun ngantuk semacam je. Maklum lah semalam tidur lambat, ada cerita hindustan kat tv2. haha.  tak pasai-pasai tidur lambat.

Pesan akak aku, warna pakaian or tudung yang kita pakai boleh mengubah mood kita. betul ke??

Xpe, aku nak buat sedikit pembacaan sikit dengan En Google.  Nanti aku dapat maklumat aku share ok.

So hari ni pakai tudung merah.  agak-agak mood macam mane lah yer? hehe

Ok la, assalamualaikum.

17 April 2013

Keep Going


Hasil dari Corel PaintShop Photo Pro X3

Assalamualaikum.

Beberapa minggu yang lepas, ada lah permintaan dari abg ipar aku.  Dia mintak edit gambar dia jadi orang tua.  Aku ni tak lah berapa pandai sangat, tapi tak salah untuk mencuba. haha.

So aku pun try lah buat sikit-sikit.  Gambar asalnya yang ni.

Before

Aku cuba-cuba je buat.  dulu pernah buat muka kawan aku.. Tapi tak berapa menjadi. haha.  Kali ni ok sikit kot menjadi.  

Jom tengok hasilnya..

After

Camne? ada tak macam gambar dulu-dulu. haha.  Macam tak real pun ada jugak kan. hehe. xpe, aku masih lagi dalam learning process.  InsyaAllah nanti pandai lah sikit-sikit.

Macam mana aku buat?? Tak lah susah mana sebenarnya... 

Untuk kedutan kat muka, aku ambil dari gambar kat bawah ni.

Untuk misai and janggut pulak, aku ambil dari gambar kat bawah ni

Yang penting kena pandai nak campurkan warna tu supaya nampak real.  tukar warna tu jadi macam warna kulit asal.  Semua tu permainan warna and copy paste sahaja.  

Hahaha. tak susah kan???


Kalau nak nampak real lagi, edit la kasi nampak macam gambar lama.  Macam yang kat atas tadi.  Macam gambar ala-ala 70-an gitu.

Hm, nanti bila aku dah pandai, aku edit lagi

Ok la Salam.




Kad Jemputan

Assalamualaikum.

Teringat pulak kenangan design kad jemputan untuk Family Day 1st Batch SMKBC.  Tapi malangnya, event tu tak jadi. huhu.  Sedih jugak la kan.  sebab kita dah bg 101% usaha untuk buat kad tu.  Tapi xpela kan, tak ada rezeki lagi nak jumpa kawan-kawan sekolah dulu.

Nak tgk tak camne designnya??  Biasa-biasa je tapinya... maklum lah beginner kan :)



Simple je.... Sayang lah tak jadi event ni... Kalau jadi kan best.  Tambah lagi memories bersama kawan-kawan sekolah SMK Bukit Cermin. :)

Adobe Photoshop CS5 & Corel PaintShop Photo Pro X3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah selesai pun install Adobe Photoshop CS5 & Corel PaintShop Photo Pro X3. 

Lama la sangat kena tunggu. huhu.  Hari pun dah lewat.  Apa-apa pun aku happy sebab dah selesai install.   


Corel PaintShop Photo Pro X3 ni aku dah selalu pakai, cuma baru-baru ni format laptop, so kena install semula laa... Memang best guna corel ni, senang and ringkas je.  Tak susah pun nak faham.

Adobe Photoshop CS5 plak aku tak pernah pakai lagi, so baru nak menceburkan diri.  Ramai orang guna PS ni.  So aku tak dapat nak bgthu lagi senang tak nak guna berbanding Corel.  We'll see.  

So ada siapa2 yang boleh bantu ajar guna PS CS5 ni??

16 April 2013

Lara lagi - Adira

BEST LAGU NI. DENGAR LAAA...
RASA NAK TIDOR JE... HUHU

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..


14 April 2013

My 25th Birthday

Today
14 April 2013
25 years old
^__^





Terima Kasih semua yang terlibat.  Terima kasih juga pada mereka yang ingat tarikh hari lahir ku..

Assalamualaikum.

10 April 2013

3 more to go

Assalamualaikum.

Huhu penat otak rasanya. sebab kena repeat buat something yang sama. huhu

Sambung esok pulak, due date esok.  So sempat kot nak buat lagi tiga n kemas kini sikit. 

Hope sempat la.. 27 pages to go. :)


Esok InsyaAllah nak balik rumah.  balik sekejap je.

Ok la.  Assalamualaikum

Kerja..

Huhu.. kenapa mood malas ni datang...

Baru siap 2 analysis.  8 lagi masih menunggu.......... 

Good luck ma.  88 pages to go ^_^


Assalamualaikum...

09 April 2013

Yuran

Alhamdulillah..

Dah selesai bayar yuran.. Lepas ni boleh la mintak transkrip sementara untuk kegunaan permohonan kerja.

Mintak ada lah rezeki di mana-mana.

Sijil STPM tak ambil?

Assalamualaikum.

Baru je selesaikan borang untuk Tuntut Sijil STPM.  Dah lama, baru aku sedar selama ni sijil STPM aku tak ambil lagi??  Macam pelik pun ada.  Selama ni bergantung kepada slip STPM semata-mata. haha

Kalau sijil korang tak amil jugak, boleh la download borang kat sini.  Nanti sediakan slip STPM (kalau ada), salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan sampul surat yang beralamat kita sendiri beserta stem RM2.00.  And tak lupa jugak kena sediakan Pos daftar bernilai RM2.20.

Pada yang sijil hilang, n nak ambil sijil baru boleh rujuk kat sini.

Tak pasal-pasal kena bayar denda RM50.00 (wang pos).  Nasib boleh berurusan pakai pos je.  haha.

Mintak-mintak boleh la dapat cepat.

05 April 2013

In Sha Allah


04 April 2013

Makaroni Carbonara Homemade

Assalamualaikum.

Jemput makan...

Makaroni Cabonara
Makaroni Cabonara untuk dinner kami hari ni.

Cuba try je masak ni tadi.  Alhamdulillah menjadi.  Makan dua orang je. 
 Ada lebih lagi, simpan makan esok :)

Esok nak masak ape pulak eh??

03 April 2013

Materialistic

Assalamualaikum.

Tajuk agak pelik sikit yer.  Bukan ape, ada orang bagitahu, kalau orang yang suka lukis gambar pokok kelapa dia tu Materialistic.

Benarkah?
.
.
.
Aku pun tak tahu.

Yang aku tahu aku memang suka lukis pokok kelapa, sebab pokok kelapa tu cantik.  Bila tengok pun tenang je, macam ada kat pantai.  Haha maklumlah aku kan suka pergi pantai :)

Materialistic ke aku??
Tak tahu la, aku tak pandai nak menilai diri aku sendiri..

Rezeki ketentuan Allah s.w.t kan.

Aku lukis pun cincai aje :)

Ok Assalamualaikum :)

Kerja ke?





Kerja ke?? Haha tak ade la.... tak dapat kerja lagi duk sini... Hari ni dah sattle g ambik gambar passport tuk letak dalam resume..


Nasihat akak aku, ambik gambar formal sikit.  Biar nampak confident.

Confident ke aku ni??
.
.
.
Hahahaha

Tak tahu lah iyer, masih kurang keyakinan diri lagi. :) Ape-ape pun aku akan cuba tingkatkan confident dalam diri aku ni.  Thanks la kat akak aku sebab bagi banyak nasihat kat aku.

Tak lama lagi nak hantar borang mintak kerja.  Tapi masalah aku sekarang, Sijil STPM? Mana?? macam tak ada kat aku jer. huhu.  Slip je ada.  Aduh..  Susah ni... Mana nak dapatkan semula yer??

Hm. so buat masa sekarang kerja aku, analisis data.  Baru ni dah siap analisis data student Master dari UTM.  Sekarang ni tengah buat analisis student PhD, dari USM plak.  Yang kali ni kerjanya banyak sikit, sebab 10 kali kena buat Regression n 10 kali kena buat Correlation.  Hah..! memang banyak kerja kan.  Upahnya?? Biasa2 sahaja.  Alhamdulillah rezeki kan.

So, aku ni kira kerja jugak lah kan.  Cuma bukan kerja yang kena datang pejabat hari-hari tu. haha.
Aku ni pun menumpang duduk di ofis tempat akak aku kerja, kalau duduk sini, kerja jalan.  Kalau duduk kat rumah, sah2 kerja tak jalan.  Hahaha

Ok lah setakat ni je dulu ok.  Lain kali aku update semula.

Assalamualaikum semua.