tabs

✿Followers✿

10 January 2012

Penat: Sibuk memanjang

Alhamdulillah.
Dah selesai pun exam Sampling Techniques tadi. Yess!!

Tapi, soalan yang keluar memang same macam soalan tahun-tahun lepas. Huh! Nasib ade buat sikit-sikit latihan tu. Tak tahu lah nak kate ok ke tak exam tadi. Yang penting aku dah cube yang terbaik. Macam nasihat kawan aku Tina "Pape pun result nanti, ko dah try the best" hehe.. Memang betul sangat apa yang dia cakap, aku dah cuba buat yang sebaik mungkin. Thanks for the advice my friend.

So, exam seterusnya 19 hb Januari 2012. Lambat lagi, masa yang ada nie aku nak kena habiskan buat lesen motor dan kereta. Dah berminggu-minggu tangguh sebab terlalu sibuk. huhu. Baru-baru ni pun aku tolong akak aku kerja, kerja biasa-biasa je, key in data dalam SPSS. Tak susah kerjanya, tapi sedikit penat otak lah sebab terlalu banyak nombor haha.. Apa-apa pun berbaloi, aku dibaya RM1.50 untuk satu questionnaire. Berapa banyak questionnaire tu biarlah aku sahaje yang tahu hihi.. Tapi memang ber'pinor' la biji mata~ macam dalam gambar ni ha~
Haha. pening-pening. Esok kena siapkan database sebab 11 hb ade presentation. Pelik je, student lain ade yang dah balik rumah pun, tapi aku? Still ade presentation lagi. Tak ape lah, carry mark tu. Hehe, kali nie aku mintak Najihah Aha yang present! bukan ape, untuk asah soft skill jugak kan. Kalau ada pengalaman, lagi senang keje kita masa depan nanti. So Najihah Aha, waktu sekarang ni lah kita nak cari pengalaman. Jangan risau ok, aku akan tolong ko dari A ke Z. yang macam aku cakap tadi ^____^ hm, oke lah. Sampai sini je dulu~

Salam oulz~

BEN ASHAARI : PESAN DIA, IBUKU

Assalamualaikum semua..

Segmen bersama BEN ASHAARI ^__^

Ni pertama kali aku join segment macam ni dekat blog. Bukan apa, cuma tertarik dengan tajuk yang BEN ASHAARI bagi. "Pesan dia, Ibuku.."

Ibu,
Kau adalah wanita yang melahirkan aku.
Wanita yang mendidik anak-anak.
Wanita yang diperlukan tatkala anak-anak menangis.
Tatkala anak-anak kesepian.
Tatkala anak-anak kesakitan.
Kau lah segalanya.

Ibu,
Kau adalah teman terbaik.
Kau tempat anak-anak meluahkan perasaan.
Kau tempat anak-anak bergurau senda.
Juga semasa sedih dan gembira.
Kau lah segalanya.

Sedikit puisi untuk Ibu ku. Walaupun aku tak pernah merasa kasih sayang seorang Ibu. Tapi, aku tahu insan yang begelar 'Ibu' itu sangat bermakna buat mereka diluar sana. Aku tak pernah merasai apabila berkongsi masalah dengan seorang insan bernama 'Ibu'
Ya, aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang sentiasa rapat dengan Ibunya. Sentiasa bergelak tawa bersama Ibunya. Aku? ...

Aku sedikit pun tak ingat wajahnya, dalam fikiran aku hanya wajahnya dalam gambar-gambar lama bersama keluarga aku.
Walau sedikit mana pun kenangan aku dan arwah Ibuku, aku tetap pastikan yang wajah Ibu aku sentiasa dalam fikiran dan hati aku~

Tapi, aku bangga mempunyai ayah yang sangat memahami, menggantikan kesepian ketiadaan Ibu~ Ayah yang dan sangat mementingkan masa depan anak-anaknya~
Terima Kasih Aboh. I LOVE U.

Ini gambar Aboh, aruah Mak dan kakak-kakak serta abang aku. Masa ni aku xwujud lagi.

Akhir Kata,
Pesanan aku untuk Ibuku: Ma akan sentiasa doakan kesejahteraan kamu diakhirat sana. Amin.