tabs

✿Followers✿

10 January 2012

BEN ASHAARI : PESAN DIA, IBUKU

Assalamualaikum semua..

Segmen bersama BEN ASHAARI ^__^

Ni pertama kali aku join segment macam ni dekat blog. Bukan apa, cuma tertarik dengan tajuk yang BEN ASHAARI bagi. "Pesan dia, Ibuku.."

Ibu,
Kau adalah wanita yang melahirkan aku.
Wanita yang mendidik anak-anak.
Wanita yang diperlukan tatkala anak-anak menangis.
Tatkala anak-anak kesepian.
Tatkala anak-anak kesakitan.
Kau lah segalanya.

Ibu,
Kau adalah teman terbaik.
Kau tempat anak-anak meluahkan perasaan.
Kau tempat anak-anak bergurau senda.
Juga semasa sedih dan gembira.
Kau lah segalanya.

Sedikit puisi untuk Ibu ku. Walaupun aku tak pernah merasa kasih sayang seorang Ibu. Tapi, aku tahu insan yang begelar 'Ibu' itu sangat bermakna buat mereka diluar sana. Aku tak pernah merasai apabila berkongsi masalah dengan seorang insan bernama 'Ibu'
Ya, aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang sentiasa rapat dengan Ibunya. Sentiasa bergelak tawa bersama Ibunya. Aku? ...

Aku sedikit pun tak ingat wajahnya, dalam fikiran aku hanya wajahnya dalam gambar-gambar lama bersama keluarga aku.
Walau sedikit mana pun kenangan aku dan arwah Ibuku, aku tetap pastikan yang wajah Ibu aku sentiasa dalam fikiran dan hati aku~

Tapi, aku bangga mempunyai ayah yang sangat memahami, menggantikan kesepian ketiadaan Ibu~ Ayah yang dan sangat mementingkan masa depan anak-anaknya~
Terima Kasih Aboh. I LOVE U.

Ini gambar Aboh, aruah Mak dan kakak-kakak serta abang aku. Masa ni aku xwujud lagi.

Akhir Kata,
Pesanan aku untuk Ibuku: Ma akan sentiasa doakan kesejahteraan kamu diakhirat sana. Amin.

7 comments:

dya nasir said...

al-fatihah..
semoga arwah ditempatkn di kalangan org yg beriman..

Norfaidatul Akma said...

Terima Kasih. Amin.

CikMunBlogger said...

kawan saya pun ta de mak . law kawan saya datang uma saya , emak saya layan dye lagi lebih dri saya . hehe . jeles taw . tapi ta pe . kami mmg mcm beradik pun . :)

Anonymous said...

al-fatihah utk arwah..semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

Ca Ezah said...

al-fatihah..banyak kan berdoa untuk bekalan dia di sana..

i'm fateehaa said...

al fatihah.
jadi orang yg berguna utk gembirakan dia di sana. mudah mudahan. :)

Unknown said...

semoga ibu mu diletakkn di tmpt org2 yg beriman...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/hantu-tindih-part-2.html