tabs

✿Followers✿

10 July 2012

Make Me Smile

Assalamualaikum.

Waahhh, mood sekarang ni sangat happy.  Sebab apa? haaa... Sebab seorang kawan aku ni (Norma) ada selit tentang aku dalam puisi-puisi yang dia tulis dalam blog dia.  Memang berbakat sangat orangnya.  Bahasa yang digunakan penuh dengan madah-madah indah yang mempunyai maksud tersendiri.

Nama panggilan aku dan dia sama sebenarnya.  Kawan kiteorang biasa panggil kiteorang  "MA".  Kadang-kadang keliru siapa yang dipanggil sebenarnya.  Haha.  Pernah rasa macam kiteorang tak? Selalu confius hehe ^_^

Nak baca tak puisi dia tulis tu?

Kau dan aku, timangan kita serupa

Ingin melangsai sebuah janji. Nampaknya ia sudah mula ditagih...^.~


Pagi semalam
Kala bayu bertiup lembut
Aku menjadi penasaran
Mengimbau sepanjang jalan kenangan

Di lembah yang penuh momen itu
Aku bertemu insan-insan istimewa
Seorang teman
Kita berkongsi panggilan yang sama
Menjadikan gamat suasana
Kerana menyahut timangan serupa

Kadang-kala aku ingin tahu
Kenapa garis wajahnya penuh rahsia
Mungkin ada cerita duka
Atau mungkin dia jenis selamba
Tidak apa-apalah teman
Asalkan kamu berbahagia

Hari ini
Ketika bayu tidak lagi bertiup
Aku menjadi kepanasan
Mungkin kerana aku merindui kalian!

p/s: ma ini untuk kau...hehehe



Macam mana? Ok tak? huu.. best kan?
Blog dia: Kata Dari Hati

Thank You So Much...!!!!!

Jom kita melawat blog dia jom ^__^

Start Thinking


Assalamualaikum..

I'm quite surprised when my sister call me, telling that I've got an offer letter from UUM to continue my study in Master in Science (Decision Science).  Eventhough I know most of my friend might also get the same letter, I still nervous when I think about it.  Why? I don't know, maybe I'm not confidence with my own self.  Whatever it is, I'm definitely excited knowing this news.
|
|
|
|
|
Unfortunately, I have to reject the offer for now. Why? Because I still have one more semester after I finish my internship.

The good news is...... I have plenty of time to think whether to continue my study or not.  I just email a person who responsible about this offer, then she said you can continue doing Master after you finish your semester.

For the record, there's a lot of thing that I need to think before I make my decision.  My decision must include all the important factors including my family, my capibility and so on. huuu.

Thanks Allah for giving me this wonderful oppurtunity ^_^

Whatever it is, I Have To Think!

Bai2~

p/s: Sorry, I'm not so good writing in English

06 July 2012

VIRGIN COCONUT OIL SOFT GEL (VCO)

Pernah dengar tak tentang VCO ni? Hm.  Mungkin ramai yang dah mula amalkan VCO ni.  Sebenarnya VCO ni sangat bagus untuk kesihatan dalaman dah luaran kita.

Sebenarnya aku pun baru nak cuba VCO ni.  Dah pakai baru 4 hari, dapat rasa la sikit perbezaan pada kulit muka.  Kalau dulu muka aku banyak biji halus, liang roma pun nampak jelas.  Sekarang kulit dah licin Alhamdulillah.  Masalah muka berminyak pun dah kurang.  Suka!  So kita tunggu dan lihat sahaja hasilnya nanti selepas 1 bulan aku pakai oke.  Tak salah nak mencuba kan.  ^_^

So ni product yang aku pakai Catalyst Virgin Coconut Oil Softgel.

Jom kita tengok sikit apa khasiatnya VCO ni.

Sumber: Pink LemOns Shop 

Antara Khasiat Catalyst VCO :
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.
Pengambilan Catalyst VCO bagi Wanita Hamil
VCO SANGAT BAGUS DIAMALKAN SEWAKTU SEDANG HAMIL, DALAM TEMPOH BERPANTANG DAN MENYUSUKAN ANAK
VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.
Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.
CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.
Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan.
Cara Pengambilan Catalyst VCO:
Boleh digunakan dengan 2 cara :
Makan atau sapu di permukaan kulit (untuk masalah kulit muka)
boleh juga dicampur dengan foundation sebagai makeup base :)
Makan 1 biji 2 kali sehari (pagi dan malam) atau 2 biji sekaligus, selepas/sebelum makan.
Seelok-eloknya diambil bersama air suam atau air kosong.
Untuk sapuan di muka, lubangkan bahagian softgel menggunakan jarum atau gunting dan sapukan pada permukaan kulit. Boleh dilakukan sebelum tidur malam selama 15 minit atau dibiarkan sehingga pagi.

So macam mana?  Puas hati tak dengan penerangan tadi. Lengkap! hehe
Untuk empat hari ni, pagi aku makan sebiji, malam pulak aku letak kat muka.  So boleh sihat luar dah dalam InsyaAllah.

Jom cuba nak?? hehe~

Ok la sampai sini je.  Nanti aku update lagi pasal VCO ni.

Chicking? Best or x?



Salam semua, hari ni tiba-tiba rasa nak menulis tentang Chicking.  Apa yang best nya Chicking ni? Haha.  Bagi aku Chicking ade kelebihan n kekurangan nye tersendiri berbanding restaurant fast food yang lain.

Sebab apa aku nak cerita pasal Chicking ni, haha.  Sebab minggu-minggu yang lepas, Chicking ni memang jadi tempat favorite aku dan kawan aku Najihah untuk makan.

Dulu aku ada dengar banyak orang-orang kata yang Chicking ni tak sedap la, tak best la.. So nak jugak try rasa awal-awal dulu.  Lepas dah rasa, sebenarnya tak de la macam orang-orang cakap sebelum ni.  Sedap je sebenarnya.

Tengok gambar ni (cari dalam google).  Macam ni la rupa salah satu set kat Chicking ni. Ayam memang sedap sebab crispy!


Kebetulan ada seorang kawan lama aku ni kerja kat situ, aku ada jugak tanya, sekarang ni menu apa yang orang selalu beli?  Dia cakap Chicken Rice and Porridge.  Aku pernah makan dah dua-dua.  Memang sedap lah.  Tapi tak ada gambar plak. Hehe

So korang try lah makan kat Chicking.  Dah banyak Improve.  Memang sedap. hehehe~  Kalau area lain aku tak tahu la.. Area Temerloh ni Chicking memang sedap lah. hehe.  Cuma kat tempat aku ni pekerja kurang sikit, tak ramai.  So siapa yang rasa-rasa nak kerja kat Chicking, boleh la apply hehe.


Ok la, tu je buat masa ni.  Salam muhibah semua~


UPDATE gambar porridge. ^_^





05 July 2012

Egg roll (Omelette)

Guess what? I do cooked! haha.  Saje2 nak cuba buat Omelette.  Sebab baru-baru ni ada cari cara nak buat Omelette ++resipi nya sekali la.  Hehe.  

Sebenarnya dah pernah buat Omelette sebelum ni.  Tapi bila tengok resipi, rupa-rupanya buat Omelette ni kena ada rasa sweet-sweet gitu.  Haha.  Sebelum ni aku buat masin macam telur dadar tu, haha.  Ternyata lah aku silap.

So kali ni aku cuba buat ikut resipi.  Cara-cara nak buat die memang rumit sikit, sebab nak kena gulung-gulung tu.  So cuba jugak buat.  

Hasilnya?? Tengok gambar kat bawah..!!


Amacam? Haha.  Bila ikut resipi memang sweet la sikit jadinya, so tak berapa masuk dengan selera aku. 

Jadi, aku cari la tukang rasa. Haha. tak kan aku nak makan seorang pulak kan.
So, aku mintak anak buah aku yang rasa, Syahrul Aiman, 13.


Apa kata dia..?

Sedap. Haha. Alhamdulillah ade orang puji haha.  Aku pun tunjuk lah gambar-gambar yang aku ambik kat anak buah aku yang lain, dieorang pun nak rasa.  Aku cakap lain kali la pulak aku masak, hehe.  

Lain kali, aku nak try wat resipi sendiri plak ikut selera aku.  Maybe bila tambah carrot n daun bawang, rasa dia akan lebih sedap, but i'll make sure it's taste a little bit salty.  Sebab selera aku lebih kepada something yang masin berbanding manis.

So, kalau nak tahu macam mana nak buat Omelette ni, just search je kat You Tube.  Memang bayak video cara nak buat Omelette ni.

That's all for today.  Have a nice day I hope.



04 July 2012

Fadhilat Bulan Syaaban

Assalamualaikum....

Sedar tak sedah kita dah hampir di pertengahan bulan Syaaban.  So, jom kita sama-sama ingtkan diri kita dengan Fadhilat bulan Syaaban ini.

Sumber: Khairul Azhar bin Idris, Institut Kefahaman Islam Malaysia.


Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.

Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.



Terima kasih kerana berkongsi maklumat.