tabs

✿Followers✿

03 April 2013

Kerja ke?





Kerja ke?? Haha tak ade la.... tak dapat kerja lagi duk sini... Hari ni dah sattle g ambik gambar passport tuk letak dalam resume..


Nasihat akak aku, ambik gambar formal sikit.  Biar nampak confident.

Confident ke aku ni??
.
.
.
Hahahaha

Tak tahu lah iyer, masih kurang keyakinan diri lagi. :) Ape-ape pun aku akan cuba tingkatkan confident dalam diri aku ni.  Thanks la kat akak aku sebab bagi banyak nasihat kat aku.

Tak lama lagi nak hantar borang mintak kerja.  Tapi masalah aku sekarang, Sijil STPM? Mana?? macam tak ada kat aku jer. huhu.  Slip je ada.  Aduh..  Susah ni... Mana nak dapatkan semula yer??

Hm. so buat masa sekarang kerja aku, analisis data.  Baru ni dah siap analisis data student Master dari UTM.  Sekarang ni tengah buat analisis student PhD, dari USM plak.  Yang kali ni kerjanya banyak sikit, sebab 10 kali kena buat Regression n 10 kali kena buat Correlation.  Hah..! memang banyak kerja kan.  Upahnya?? Biasa2 sahaja.  Alhamdulillah rezeki kan.

So, aku ni kira kerja jugak lah kan.  Cuma bukan kerja yang kena datang pejabat hari-hari tu. haha.
Aku ni pun menumpang duduk di ofis tempat akak aku kerja, kalau duduk sini, kerja jalan.  Kalau duduk kat rumah, sah2 kerja tak jalan.  Hahaha

Ok lah setakat ni je dulu ok.  Lain kali aku update semula.

Assalamualaikum semua.

2 comments:

Mira Nazir said...
This comment has been removed by the author.
Mira Nazir said...
This comment has been removed by the author.