tabs

✿Followers✿

31 March 2013

Selamat sampai

Assalamualaikum

Alhamdulillah.  Padi tadi selamat sampai ke bumi sintok.  Ingt sebelum ni tak datang sini dah, tp dah rezeki nak datang kat sini. 

UUM terchenta. haha gambar dari En Google :)


Dalam pukul 7 pagi sampai kat Alor Star.  Tunggu la bus Mara Liner untuk ke UUM.  Dalam pukul 8, sampai ke Dpp Muamalat, akak aku parking kereta kat situ, so alang2 tumpang lah mandi terus.  berciap then aku ikot akak aku g office dia.  So maknanya sekarang aku tak sempat lagi pergi hantar barang kat rumah.  Akak aku menyewa rumah kat area Kampung Tradisi, rumah atas kedai.  Katanya Alhamdulillah la lengkap semua kelengkapan.  So aku boleh tumpang hehe.

Pagi tadi nak pergi ambik Baucer Buku 1 Malaysia.  Orang kata, hari ni hari terakhir boleh ambik baucer tu. So nak tak nak aku kena ambik jugak.  Tapi baucer buku ni valid sampai 31 May 2013.  So still boleh fikir ape yang nak dibeli.  Tadi banyak tempat pergi baru boleh dapat baucer ni.  Nasib la aku pinjam kereta akk aku, bayangkan kalau jalan kaki.  huhu.  Mula-mula pergi kat Bangunan Awang Had Salleh, then dia suh pergi falkuti (fsk), dah pergi kat fsk, then suh pergi kat HEP (banggunan Hal Ehwal Pelajar) pulak.  Pergi lah kat HEP, pastu dia suh pergi SAC (Pusat Penginapan Pelajar) plak, sampai kat SAC, dia kata nama xde dalam senarai, dia duh plak pergi cek kat Dewan Penginapan Pelajar, dia kate kalau xde suh g Pejabat Bendahari.  Aduh... Tapi Nasib lah ada nama kat DPP.  So boleh je terus ambik, tak yah lah pergi Pejabat Bendahari lagi.  Hahaha.  Aku pun tak tahu nape jadi pusing-pusing camni. haha  Memang penat.  

Gambar pinjam dari En Google.  TQ


Ape2 pun yang penting baucer dah dapat.  RM250.00 :)  Petang lepas akk aku habis kerja, kiteorang nak g beli kelengkapan barang daput.  Nak masak, bestnya. hehe.  So nak beli la bahan2 asas memasak kan, cam bawang, garam, aji ect.  And, nak beli kipas sekali, akak aku kata kena beli kipas, sebab sekarang musim panas.  Aku plak boleh naik darah bila panas. hahaha... 

InsyaAllah, kalau ada rezeki aku nak kerja kat sini.  Yang penting nak settle kan lesen motor yang tertunggak tu.  

Ok lah  yer.. 

Assalamualaikum

28 March 2013

Kami..


24 March 2013

Bye.

Ok bye. Tata. Titi.  Tutu.  Bai bai... Salam :)

Tired of thinking


Just let it go ma.  You'll be fine.   Everything gonna be Okay. I promise.







p/s:  I don't understand a thing here :(

Thanks for Your mercy


Muhasabah diri

Assalamualaikum.

Sabar ya wahai ma.  Muhasabah diri banyak-banyak..  Senyum selalu :)





18 March 2013

Aku..

Assalamualaikum.

Aku sedar aku siapa
Aku sedar aku tak sehebat kamu
Aku sedar aku tak lekang dengan kesalahan
Aku sedar aku tak berilmu seperti kamu
Tapi, aku cuba untuk menjadi yang terbaik
Cuba menjadi insan yang berguna

Aku boleh bersabar
Aku boleh untuk tidak memaki hamun
Aku boleh memaafkan
Aku boleh menerima kenyataan.
Tapi, aku juga ada perasaan
Yang kadang kala terguris luka
Hanya aku yang tahu

Aku tahu aku lemah
Aku kurang keyakinan pada diri sendiri
Bukan mudah untuk aku lakukannya
Tapi tiada siapa yang menghargainya
Aku tetap redha dengan apa yang terjadi

Aku ingin gembira
Aku ingin bahagia
Aku ingin menjadi seperti orang lain
Tapi aku tahu, masanya belum tiba
Aku terima seadanya

Aku selalu tersenyum
Aku cuba gembirakan orang sekeliling
Tapi, tiada siapa tahu isi hatiku
Memendam pelbagai rasa dan harapan

Mungkin luaranku nampak ceria
Mungkin luaranku nampak bahagia
Tapi hatiku masih mencari-cari keceriaan itu
Masih mencari-cari kebahagiaan itu

Aku hanya insan yang lemah
Hati ku ibarat kapas yang lembut
Kadang kala gembira
Kadang kala bahagia
Kadang kala terguris
dan kadang kala menangis

be strong ma

Terubat rindu di hati

Assalamualaikum.

Semalam lega sangat sebab dapat kuar jalan-jalan dengan membe2, wana n jiha. Pagi tu something happen yang membuatkan aku stess sekejap.  Tapi pas jalan2 dah lupa dah semua tu.  Malas nak ingt. haha.

Semalam pegi Star Mall je pun :)  ada la masa nak borak-borak kan.  Macam-macam topik jugak la.  




Thanks you all.. I do have fun yesterday :)

14 March 2013

Alhamdulillah

Dah lama dah sem habis. result tak boleh tengok sebab yuran tak habis bayar lagi. Huhu so sabar aje lah kan...

Tapi sebelum ni, pernah tanya lect result berapa. sebab aku kan ambik satu paper je sem haritu.  So memang frust sikit la sebab tak boleh tgk result kan.  Nasib lect aku bagitahu result aku.  Katanya aku dapat A-.  So alhamdulillah laa... kalau ikutkan memang sedih sebab aku target dapat A. huhu.  Tapi pape pun aku bersyukur.

Tapi tadi aku try la buka portal, try la buka ni buka tu... Bila aku tekan kat Examination result, tengok-tengok dah boleh buka.  Memang pelik.  Yang terkejut nya tu, Alhamdulillah sebenarnya aku dapat A.

Syukur sangat.  Mungkin lect aku tersilap haritu agaknya. :)  Sempat aku print screen haha


Alhamdulillah. macam pelik je kan. haha sebab satu paper je pun ambik, so bolehlah score 4 flat. :)
CGPA tu sengaje di blur kan yer.  Tak perlu lah nak tunjuk haha... cukup-cukup makan je pun. Tapi Alhamdulillah laaa....

p/s:  Sebenarnya tak boleh lagi nak tengok result, sebab masih berhutang haha.  Tadi try lagi sekali nak tengok result. tapi dah tak dapat. haha 

Tiap kali nak tengok result je
"Maaf, anda berhutang"



Yes I know. and I will pay it all before my convocation day. huhu kalau tak bayar, tak dapat konvo lan nanti huhu.  

Ok la.. Assalamualaikum :)

13 March 2013

I'm sorry


Sorry, I am useless... :(

Demam

Assalamualaiku..

Hari ni dah masuk hari ke-dua aku demam :(
Selsema
Batuk
Sakit tekak.
Huhu... Suara pun dah bertukar mcm pelik je. haha


Mungkin sebab cuaca kat sini tak menentu kot.  Haritu banjir, ni dah surut banjir, panas terik pulak.
Family akak ti aku pun ramai yang batuk.

Takpe lah ma.  Aku ni bukan selalu sakit-sakit mcm ni.  Alhamdulillah aboh dah belikan ubat batuk, demam n selsema.  Moga-moga cepat lah sembuh.

Aboh dah panggil makan tu.. harini makan nasi briani mamak :)

Ok la semua.  Assalamualaikum

12 March 2013

You and I

Assalamualaikum.

Hari tu masa aku balik dari negeri sembilan, anak buah aku Pija ada tinggalkan lukisan kat aku.  Tekejut jugak la kan.

Dia selitkan dua lukisan yang dia lukis atas kertas kecil tu kat gitar aku.  Ni lukisan dia.




Aku tanya la kat dia. Pija lukis gambar siapa ni, dia jawab, gambar mokma dengan entah siapa tak tahu. haha boleh pulak camtu.  hehe. tapi apa-apa pun mokma sayang sokmo kat pija.  I don't really know why she draw picture like this.  Maybe just for fun.  But it's remind me of you :)
I'll keep this in my wallet :) Thanks sayang mokma.

Comel sangat kalau pija pakai tudung camni.


Tapi tak nak pakai tudung plak pergi sekolah.  Dah darjah satu kan.  Hm nanti darjah dua mintak-mintak nak la pakai tudung. kena puji comel sokmo sikit ni. hehe :)


Hasilnya

Assalamualaikum.

Hm haritu aku kan ada potong rambut anak buah aku kan. Haa ni la hasilnya.


Haha ok ke tak aku pun tak tahu. haha masa potong tu dah pukul 1 pagi.  Pape pun xkesah lah, janji nakmak kemasnya tu. hehe.

Semalam tiba-tiba tak ada elektrik.  dah lama betul dah aku tak merasa duduk dalam gelap-gelap ni.  Haha. Masa tu aku tengah bawak motor, dengan anak buah aku, dari chatin nak ke bukit cermin lah kan.  Tiba2 lampu jalan padam. haha. pelik jugak aku. so aku assume la lampu tu terbakar or rosak.  tak lama pas tu aku perasan yang sekeliling aku gelap je. yang ada pun lampu motor tu je.  seram sejuk jugak lah kan bawak motor kat tempat gelap2 ni. haha sampai je umah memang satu bukit cermin gelap. haha. nasib lah ada jumpa lilin. duduk la bertiga dengan anak buah aku dalam gelap.  Aboh plak pergi mentakab.



Bergelap la kami bertiga. haha.  Tak lama pastu aboh balik. eman pun datang. ramai la sikit.  tapi tak lama tak de eletrik. dalam pukul 12 lebih dah ada dah semula.. :)  Alhamdulillah.





11 March 2013

Have a good life I hope

Assalamualaikum.

Malam ni first time aku gunting rambut orang.  Gunting pendek laa.. Anak buah aku ni (Iwan), esok hari isnin nak sekolah, malam-malam baru la ingat nak gunting rambut.  Haha.  Nak tak nak aku tolong je laa.. Dia cakap kalau rambut panjang nanti Cikgu botak kan rambut dia. Dia tak nak botak. So aku pun try la.. Hehe Alhamdulillah, dia suka je. xde la nak complain ape-ape.  Nasib la menjadi aku gunting. kalau tak menjadi tadi nangis jugak budak tu. haha.

Hm.  Hari ni aboh masak kari ayam fav aku.  Dah lama tak makan.  Alhamdulillah rezeki hari ni la dapat makan kari ayam.  Sedap.  Pedas.  Ish ish, xdapat nak cerita rasanya camne kat sini.  Nanti aku kongsi resepinya yer... Gambar dah ada, tinggal nak menaip n upload aje. haha nanti la..

Hm, InsyaAllah nanti aku nak ke Kedah semula, duduk seminggu dua dengan akak aku kat sana.  kat sana boleh la cari kerja.  Boleh gak tanggung makan minum kat situ kan..  Lagi pun aku nak habiskan lesen motor.   Bayar dah habis. tinggal nak belajar n test JPJ sahaja.  Lagipun sampai bila nak ada lesen L je.  Tapi lesen kereta alhamdulillah dah dapat P.  Tinggal motor ni je la.  dah la aku lagi kerap bawak motor dari kereta haha.  lagi-lagi kat rumah.  tapi bawak kat area dekat-dekat je la kan. haha. camne tu.  Bila nak pergi tu aku tak tahu la lagi.  InsyaAllah ada rezeki sampai lah aku ke sana.

Alhamdulillah, hari ni aku online.  banyak berita gembira yang aku dengar dari kawan-kawan.  Hope that you do your best out there.  Good luck.  Let all memories remain as time goes on.  Have a good life I hope.

09 March 2013

Let go

Thanks Cik Fara..


05 March 2013

♥ ♥


cinta dtg ketika sunyi,
jodoh pula ketentuan ilahi,
bersabarlah kamu wahai hati,
yang istimewa itu mmg misteri 

♥ ♥ Hasil luahan sesorg ♥ ♥

02 March 2013

Wondering


Good Charlotte  - Wondering

If you want me to wait, I will wait for you
If you tell me to stay, I would stay right thru
If you don't wanna say anything at all
I'm happy wondering
Go!
(Yeah, yeah)
Since I was a young man
I never was a fun man
I never had a plan and no security then
Ever since I met you
I never could forget you
I only wanna get you right here next to me
'Cause everybody (a-whoa-oh-oh) needs someone that they can trust
and..
You're somebody (a-whoa-oh-oh) that I found just in time
If you want me to wait, I will wait for you
If you tell me to stay, I would stay right thru
If you don't wanna say anything at all
I'm happy wondering
Now my life is changing
It's always rearranging
Always getting stranger than I thought it ever could
Ever since I found you, I wanna be around you
I wanna get down to the point that I need you
'Cause everybody (a-whoa-oh-oh) needs someone that they can trust
and...
You're somebody (a-whoa-oh-oh) that I found just in time
If you want me to wait, I will wait for you
If you tell me to stay, I would stay right thru
If you don't wanna say anything at all
I'm happy wondering
Go!
(Yeah, yeah)
(Yeah, yeah)
Don't tell me
The bad news
Don't tell me anything at all
Just tell me
That you need me
And stay right here with me
If you want me to wait, I will wait for you
If you tell me to stay, I would stay right thru
If you don't wanna say anything at all
I'm happy wondering
If you want me to wait, I will wait for you
If you tell me to stay, I would stay right thru
If you don't wanna say anything at all
I'm happy wondering

Rumahku syurgaku :)

Assalamualaikum...

Yay jap lagi nak balik rumah.... dah 2 minggu lebih duduk di kuala pilah... Rindu sebenarnya nak duduk rumah. Nanti balik kena exercise semula la... Bape minggu ni makan tak jaga, exercise tak buat, berat pun naik sikit. adeh..!! Ingat ma! Jaga kesihatan, jaga pemakanan!! haha. ceramah kat diri sendiri plak.. Nak sambung semula jogging kat Tasik Chatin tiap-tiap petang..  Nasib lah ada anak-anak buah teman,  tak berani jugak nak jogging sorang-sorang. huhu.  p/s: Jiha nak ikot tak?? hihi

Ni tengah berkemas lagi, tapi dah nak siap.  Tunggu akak aku balik dari rumah kawan suami dia, baru boleh bertolak balik pahang. tak tau la pukul berapa bertolaknya.  rasanya macam malam je bertolak.  Tak kesah la bila-bila pun kan.. hehe

Hm. nanti mesti sedih nakl tinggalkan anas dan mirza. huhu maklum la duduk lama dengan diaorang kan.  Takpela. lain kali bukan nya tak boleh jumpa kan.  So kat rumah tak ada internet, jarang la aku update blog nampaknya. huhu.  Tapi rumah akak aku kat Chatin ada Internet.  Hehehe. Boleh la menumpang update blog kan.  InsyaAllah. Tengok lah macam mana nanti.

Ok lah semua.  Maafkan aku kalau ada buat salah dan silap semasa bersama aku ye.  Mohon dihalalkan makan minum dah semuanya ya.

Assalamualaikum :)

01 March 2013

4.10 A.M

Assalamualaikum.

Mata masih lagi belum mengantuk :(  huhu.  Tapi nak jugak cuba tidur.  Sebelum tidur jangan lupa baca doa tidur.  :)  Hari ni ABC, boleh la lajak sikit tidur ye :) hihi

Semoga hari hari akan datang sentiasa indah buat kamu dan jugak diri aku sendiri.


Sleep well...

Alam Perkahwinan

Assalamualaikum.

Cerita kali ni bukan pasal aku.   Hm kawan-kawan aku dah ramai sangat yang dah mendirikan rumah tangga.  Ada yang dah ada anak 4 pun :)  Macam tak sangka.  Dulu masa kecik-kecik selalu je fikir, macam mane lah kita kalau dah besar nanti. kawan lagi ke? duduk dekat2 lagi ke? Haha. maklum la kawan-kawan aku ramai yang rumah dekat2 je.  Lagi-lagi kawan-kawan yang membesar sama-sama dengan aku.  Ni antara kawan-kawan masa aku sekolah rendah sampailah menengah :)

Dari kiri:  Najihah, Yana, Atia, Noraini+isya, aku, Yani
Ni gambar kat kenduri kawan aku jugak.  Alhamdulillah dah selamat dia ke alam rumah tangga :)  Dalam gambar ni 3 orang kawan aku ni dah kawin.  Yana baru lagi majlis dia, Atia dah kawin lama, noraini pun dah lama, 4 pun anak dia :)  Yani plak InsyaAllah la tak lama lagi kot.  Calon dia dah lama ada, ada jodoh ada la bak kata orang kan. :)  Aku n Jiha?  Hahaha.  Sabar ye.... ada lah nanti. kan Jiha kan??

Ni Ramizah kawin.  Dah selamat Alhamdulillah :)

Yang ni baru lagi, Haryana :)  Tahniah..

Yang ni pulak hari yang sama dengan Yana tadi,  Suzana.  Ni kawan kenal kat JPAM :)  Alhamdulillah.  Tahniah

Yang ni tersangat baru ye, tapi belum lagi menjejak ke alam perkahwinan ni.  Baru diikat tunang. Manis,  Shasha Hera :)
Best friend masa sekolah menengah :) Tahniah ye.  InsyaAllah akan di ijab kabulkan dalam bulan May 2013
Tahniah la buat kawan-kawan aku semua.  Tak masuk yang dah lama kawin.  yang dah ada anak.  Hehe ramai.  Comel2 semua anak-anak diaorang :)

::  MY  ::




Rindu kat Pusat Sukan UUM

Assalamualaikum.

Hm.  Tiba-tiba rindu plak nak jogging kat Pusat Sukat UUM.  Tapi aku dah jaohhhh dengan UUM yer.  Semua dah jadi kenangan...  Semoga semua memori kekal dalam ingatan :)

Rindu nak naik basikal ni. hehe :)  Selalu aku naik dengan akak aku :)

Yang ni kat pusat sukan jugak.  Balik dari kelas, bawak baju siap, salin 2 terus la bersenam. :)  Sempat lagi ambik gambar :)

Yang ni pun jadi rutin.  Hari-hari kalau boleh nak pijak-pijak mende ni. haha  Refleksologi.  Mula-mula aku pijak ni, sakitnye lah. huhu banyak penyakit la tu.  Tapi bila dah selalu buat, dah kurang sakitnya.  Alhamdulillah..  Kalau dulu separuh pusingan pun tak sampai. haha Sekarang Alhamdulillah la boleh satu pusingan.  Nak buat dua? tak la.. hehe  

Ni jenis-jenis penyakit kat kita boleh tahu dari tapak kaki kita.  Aku kalau pijak mende ni mesti sakit kat bahagian yang sakit mata tu..

Sini la tapak Refleksologi tu.. Tu akak aku ye :)


Cantik..! Rindu nak jalan-jalan kat sini :)
Ok la.  Kalau ada rezeki InsyaAllah nak lagi pergi UUM. hehe

Assalamualaikum

Muhammad Anas Mujahid Abdullah Naim

Assalamualaikum.

Dah besar dah anas.  Dua minggu lebih aku duduk kat sini jelas nampak perubahan pada dia.  Dah pandai macam-macam dah.  Sedar tak sedar dah 7 bulan dah dia.  Rasa macam baru je lagi tengok anas baby.

Comelnya.... Suka tengok camera ni :)

Cari mana Anas....! nampak ke budak tu. hehe

Sayang Anas..
Bape hari yang lepas, anas makan banyak.  Sebab dia suka makan carrot.  Kalau ibu dia masak bubur carrot banyak je dia makan. hehe

Tengok tu.  Comot dia makan... Alahai comelnya budak ni.. :)
Tidur kat mokma ye... :)

Beberapa hari sudah berlalu..

Sabar ku menunggu.  Harap ada kabar berita darinya...

Assalamualaikum.

Malam-malam makan Pizza?


Alhamdulillah rezeki hari ni :)

Baru first time makan pizza ni.  Orang melayu yang buat.  Ada kat Kuala Pilah aje.  Datang la kalau nak rasa :) hehe.

Nama Restaurant ni Yani Pizza Kuala Pilah.  Sedap sangat.  Akak aku kate lagi sedap dari Domino kot. haha. nak try, datang beli sendiri.

Makan ni pun tadi dah pukul 11.00pm.  Adoi lewat jugak tuh. hehe.  Tengok kat gambar tu, siap ada mini sosej + Nugget Tempura lagi. haha.  Sejak kebelakangan ni makan asyik tak terkawal.  Susah sikit, mind set dah tak betul ni.  xpe!! masih belom terlambat. hehe

Hari dah larut malam.  Mata tak lagi mengantuk.  Hm, dah banyak hari tidor lewat.  Kadang-kadang tu dekat 2 jam baring atas katil tapi tak tidur-tidur...  Banyak sangat fikir entah ape. huhu.  
Jap lagi harap-harap dapat tido lah.  Tak elok sangat tidur lewat,  tak bagus untuk kesihatan.

Ok la.
Assalamualaikum semua~

Brightest Star in the Night Sky


You are the Brightest Star in the Night Sky 
Hope one day I'll be there with you.
Indahnya ciptaan Tuhan.